Pages

Tuesday 3 April 2012

BREAST CANCER




KANSER PAYUDARA ADALAH MASALAH GLOBAL.
Petikan dari buku Kanser Wanita dan Kanser Payudara.

PENDAHULUAN

Kanser payudara ataupun buah dada adalah kanser wanita yang paling utama di Malaysia. Menurut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2003, sebanyak 3,738 kes kanser payudara dilaporkan pada tahun 2002 di Semenanjung Malaysia. Insiden kanser payudara di Malaysia adalah 46.2 bagi 100,000 populasi. Golongan yang paling kerap mengidap kanser payudara di Malaysia adalah di dalam lingkungan usia 50-59 tahun. Mengenai insiden mengikut kumpulan kaum, insiden kanser payudara adalah tertinggi di kalangan kaum Cina, diikuti oleh kaum India dan seterusnya kaum Melayu. Kanser payudara ini juga merupakan kanser wanita yang paling utama di negara-negara maju termasuk negara Amerika. Dalam tahun 2006 dijangka sebanyak hampir 215,000 kes baru dilaporkan setiap tahun di Amerika dan  menyebabkan kematian seramai lebih 40,000 wanita setiap tahun. Kanser payudara adalah jarang berlaku pada wanita yang berusia kurang dari 40 tahun, 95% dari kanser payudara adalah di kalangan wanita yang berusia lebih dari 40 tahun. Kanser payudara adalah masalah kepada seluruh dunia. Dikatakan seorang dari 8 orang wanita akan mengidap penyakit kanser payudara apabila mencapai usia 80 tahun.

Kanser payudara boleh juga berlaku di kalangan kaum lelaki tetapi insidennya terlalu rendah iaitu cuma 1% daripada keseluruhan kes kanser payudara.

KANSER PAYUDARA

Kanser payudara adalah kanser wanita yang paling utama dan ianya boleh berlaku kepada setiap wanita pada sebarang umur. Walau bagaimanapun kadar insiden kejadian kanser payudara adalah berkait rapat dengan umur, semakin lanjut usia wanita semakin tinggi kemungkinan untuk mengidap kanser payudara. Pada usia 30 tahun , 1 di dalam 280 wanita berkemungkinan mengidap kanser payudara tetapi pada usia 50 tahun, kemungkinannya meningkat kepada 1 di dalam 40 orang wanita.

Secara ringkas, kanser payudara terbahagi kepada dua berdasarkan asal usul sel kanser payudara yakni:
a. Kanser yang berasal dari duktus dinamakan kanser duktus (“duktal cancer”)
b. Kanser yang berasal dari lobul yang dinamakan kanser lobul (“lobular cancer”)

Jenis ketiga kanser payudara dinamakan “inflammatory breast cancer” tetapi kanser jenis ini adalah sangat jarang berlaku dan tidak akan dibincangkan di dalam buku ini.  Sebanyak 80% dari kanser payudara adalah dari jenis (a) manakala 10-15% adalah dari jenis (b).

GEJALA-GEJALA DAN TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA

Masalah utama untuk mengenalpasti kanser payudara adalah untuk mengesannya pada peringkat awal. Kanser payudara pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang tanda dan wanita yang mengidapnya tidak mempunyai sebarang gejala.

Berikut adalah tanda-tanda dan gejala-gejala yang mungkin menjadi petanda kanser payudara:

  • Ketulan pada payudara dan perubahan permukaan payudara yang  menjadi tidak rata.
  • Perubahan pada kulit payudara, kulit kelihatan berbintik, kemerahan  dan keras.
  • Keluar darah ataupun lendir berdarah dari puting susu.
  • Puting susu tenggelam ke dalam payudara.
  • Terdapat saluran darah yang menonjol di permukaan kulit payudara.
  • Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara
  • Terasa ada biji atau ketulan di bahagian ketiak
  • Hilang selera makan dan turun berat badan
  • Tanda-tanda kanser merebak ke organ-organ lain badan seperti ke paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan batuk berdarah, sakit tulang, sakit kepala dan lain-lain lagi.


Ruangan ini akan memberi peluang kepada anda untuk mengetahui dengan lebih terperinci bagaimana rawatan radioterapi dan kemoterapi diberikan. 

RAWATAN RADIOTERAPI

PENDAHULUAN

Rawatan radioterapi adalah salah satu kaedah rawatan kanser yang sangat penting. Radioterapi bukan saja penting untuk rawatan kanser wanita tetapi juga kanser-kanser lain. Tidak semua kanser boleh dirawat dengan pembedahan ataupun kemoterapi. Rawatan radioterapi adalah salah satu rawatan yang menggunakan sinaran-X yang berkuasa tinggi ataupun bahan radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser. Bab ini akan membincangkan kaedah rawatan radioterapi khusus untuk kanser organ reproduktif wanita terutamanya kanser pangkal rahim, kanser rahim dan kanser payudara. Rawatan radioterapi untuk kanser-kanser yang melibatkan organ-organ badan yang lain mempunyai kaedah yang berbeza walaupun mempunyai asas yang sama.

BAGAIMANA RADIOTERAPI BERTINDAK KE ATAS SEL-SEL KANSER

Secara amnya terdapat dua jenis radiasi yang sering digunakan untuk tujuan rawatan radioterapi iaitu :

  1. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ( asas penghasilannya adalah sama seperti X-ray biasa tetapi ianya mempunyai kuasa yang lebih tinggi) , sinaran ini dihasilkan melalui hentaman kuat elektron di luar nukleus. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ini dikeluarkan oleh alat yang dinamakan Linear Accelerator dan rawatan yang diberikan dinamakan “External Beam Radiotherapy” ataupun EBRT.
  2. Sinaran Gamma (“Gamma ray”). Sinaran gamma dikeluarkan oleh bahan radioaktif. Penggunaan sinaran gamma digunakan di dalam rawatan Brakiterapi.
 
APAKAH FUNGSI RAWATAN RADIOTERAPI

Rawatan radioterapi mempunyai beberapa tujuan, diantara tujuan rawatan radioterapi adalah seperti berikut :
A. RAWATAN UTAMA. Sebagai kaedah rawatan utama kanser.
B. RADIOTERAPI ADJUVAN. Kaedah rawatan radioterapi ini diberikan untuk mengurangkan kadar kejadian semula kanser kepada pesakit-pesakit yang telah menjalani rawatan utama contohnya rawatan pembedahan. Rawatan Radioterapi ini dikenali sebagai rawatan adjuvan ( “Adjuvant Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah rawatan Radioterapi selepas rawatan pembedahan radikal histerektomi untuk kes kanser pangkal rahim. Pakar Kanser akan menentukan samada pesakit memerlukan rawatan radioterapi adjuvan.
C. RADIOTERAPI NEOADJUVAN. Sebagai rawatan permulaan sebelum pesakit menerima rawatan utama. Tujuan rawatan neoadjuvan radioterapi (“Neoadjuvant Radiotherapy”) ini adalah untuk mengecilkan saiz kanser dan dengan itu rawatan pembedahan yang akan dijalankan  menjadi lebih mudah. Contoh rawatan neoadjuvan ini adalah rawatan ke atas sebahagian kes kanser pangkal rahim dan kanser payudara.
D. RADIOTERAPI PALIATIF. Peranan terakhir rawatan Radioterapi adalah sebagai kaedah rawatan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang sudah tidak dapat disembuhkan lagi. Ini dinamakan Radioterapi Paliatif ( “Palliative Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah kepada pesakit kanser payudara ataupun kanser-kanser lain yang merebak ke tulang belakang dan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan ataupun lumpuh. Contoh lain adalah rawatan ke atas kanser yang merebak ke bahagian otak. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan memulihkan lumpuh. Rawatan radioterapi paliatif ini cuma diberikan pada bahagian yang menjadi penyebab kesakitan ataupun kelumpuhan sahaja. Kanser di bahagian lain badan tidak akan dirawat kerana ianya sudah tidak dapat disembuhkan lagi.

RAWATAN KEMOTERAPI

MEMAHAMI KEMOTERAPI

Salah satu kaedah rawatan kanser yang sering diberikan kepada pengidap kanser adalah ubat kemoterapi. Bab ini disediakan untuk membantu anda, keluarga anda dan rakan-rakan anda memahami kemoterapi. Kemoterapi tidak dapat tidak akan mengubah kehidupan anda. Disamping mengalami perubahan dari segi penampilan fizikal dan emosi, anda mungkin juga akan merasa sukar untuk bercakap mengenai apa yang anda rasa kepada orang lain. Dengan memahami bagaimana kemoterapi bertindak ke atas sel-sel yang normal dan tidak normal dalam diri anda, diharap anda akan lebih tabah dalam menghadapi sebarang kesan sampingan yang dialami sepanjang dalam rawatan ini. Apa yang penting adalah anda perlu sentiasa berfikiran positif di dalam menjalani rawatan kemoterapi ini.

APAKAH ITU KEMOTERAPI

Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan yang khusus untuk merawat sesuatu penyakit kanser. Di sini, kemoterapi merujuk kepada penggunaan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel-sel kanser yang sedang merebak dengan cepat dalam badan anda. Ubat ini akan memasuki sistem pengaliran darah anda dan pergi ke seluruh badan untuk membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat di buang melalui pembedahan atau di musnahkan oleh rawatan radioterapi. Bila lebih dari satu jenis ubat digunakan, ia dipanggil kemoterapi kombinasi.

BAGAIMANA KEMOTERAPI BERTINDAK

Terdapat banyak jenis ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser. Ubat kemoterapi sebenarnya banyak yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan seperti contohnya ubat Paclitaxel yang digunakan untuk merawat banyak jenis kanser. Ubat kemoterapi ini dihasilkan dari kulit pokok yew. Terdapat beberapa kategori ubat kemoterapi yang mempunyai perbezaan dari segi bagaimana ubat-ubat ini mematikan sel-sel kanser. Secara amnya semua ubat-ubat kemoterapi mematikan sel-sel kanser dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel-sel kanser. Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel-sel kanser melalui berbagai-bagai kaedah seperti mengikat (“cross-linking”) ataupun memotong DNA tersebut. Akibat kerosakan DNA ini maka sel-sel kanser ini akan mati. Ubat kemoterapi lebih berkesan terhadap sel-sel kanser yang cepat membiak. Kadangkala ubat ini tidak dapat membezakan di antara sel-sel kanser dan sel-sel normal yang juga cepat membiak seperti sel-sel dinding usus, mulut, organ reproduktif terutamanya ovari, sel-sel rambut dan juga sel-sel sum-sum tulang. Sel-sel ini mungkin terdedah kepada kesan ubat kemoterapi walau bagaimanapun dengan kaedah rawatan yang terancang dan teliti oleh Pakar Kanser, kesan-kesan ini dapat diminimakan malah jika sekiranya berlaku ianya adalah lebih bersifat sementara.

APAKAH FUNGSI RAWATAN KEMOTERAPI

Rawatan kemoterapi mempunyai beberapa tujuan, diantara tujuan rawatan kemoterapi adalah seperti berikut :
A. RAWATAN UTAMA. Sebagai kaedah rawatan utama kanser. Contoh rawatan kemoterapi sebagai rawatan utama adalah di dalam kes kanser anggur ataupun koriokarsinoma.
B. KEMOTERAPI ADJUVAN. Untuk mengurangkan kadar kejadian semula kanser kepada pesakit-pesakit yang telah menjalani rawatan utama contohnya rawatan pembedahan. Rawatan kemoterapi ini dikenali sebagai rawatan adjuvan ( “Adjuvant chemotherapy”). Contoh rawatan ini adalah rawatan kemoterapi ke atas pesakit kanser ovari yang telah menjalani rawatan pembedahan.
C. KEMOTERAPI NEOADJUVAN. Sebagai rawatan permulaan sebelum pesakit menerima rawatan utama. Tujuan rawatan neoadjuvan kemoterapi ini adalah untuk mengecilkan saiz kanser dan dengan itu rawatan pembedahan yang akan dijalankan akan menjadi lebih mudah. Contoh rawatan neoadjuvan ini adalah rawatan ke atas sebahagian kes kanser pangkal rahim dan kanser ovari.
D. KEMOTERAPI PALIATIF. Peranan terakhir rawatan kemoterapi adalah sebagai kaedah rawatan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang sudah tidak dapat disembuhkan lagi. Ini dinamakan Kemoterapi Paliatif ( “Palliative Chemotherapy”). Contoh rawatan ini adalah kepada pesakit kanser pangkal rahim ataupun kanser-kanser lain yang merebak biji kelenjar Para-aortik dan menyebabkan penyumbatan saluran buah pinggang dan menyebabkan salur buah pinggang dan buah pinggang menjadi bengkak (“hydroureter, hydronephrosis”). Pesakit akan menghadapi masalah sakit pinggang dan jangkitan buah pinggang. Biji kelenjar yang besar ini juga boleh menekan urat saraf dari tulang belakang dan menyebabkan kesakitan bahagian belakang. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan kesan penyempitan. Rawatan kemoterapi paliatif ini tidak bertujuan untuk menyembuhkan penyakit kanser pesakit tetapi untuk mengurangkan penderitaan akibat kesakitan.
KANSER DAN WANITA
RAWATAN PALIATIF: Apabila kanser tidak ada harapan sembuh
Kanser adalah penyakit kronik yang boleh dihidapi oleh sesiapa saja tanpa mengira usia dan jantina. Kanser boleh menyebabkan penderitaan ke atas penghidapnya, penderitaan yang dialami seringkali memberi kesan yang sangat besar kepada diri pesakit dan juga ahli-ahli keluarga yang lain. Tidak semua kanser boleh diubati sepenuhnya dan tidak semua pesakit kanser yang telah pulih akan terhindar dari mendapat kembali kanser yang sama. Terdapat juga di kalangan pesakit yang menghidap lebih dari satu jenis kanser seperti kanser ovari dan kanser rahim.  Ada juga pesakit yang menghidap kanser payudara dan kemudiannya di dapati pula menghidap kanser ovari. Kanser kedua yang terjadi di organ yang lain mungkin juga disebabkan oleh kanser yang sama telah merebak ke organ tersebut. Bab ini akan memperkatakan tentang penjagaan pesakit kanser yang menghadapi keadaan di mana kanser yang dihidapi tidak boleh disembuhkan lagi. Bab ini juga akan menerangkan berkenaan dengan penjagaan pesakit-pesakit kanser yang berada pada peringkat akhir ataupun terminal. Tidak semua ahli masyarakat mengetahui betapa pentingnya penjagaan ke atas pesakit-pesakit yang menghadapi masalah yang tersebut dan tidak ramai yang mengetahui bahawa terdapat kaedah-kaedah rawatan yang boleh mengurangkan penderitaan penghidap kanser yang berada pada peringkat akhir ini. Kita tentu banyak menyaksikan bagaimana ramai pesakit kanser yang terbiar dan terlantar tanpa sebarang usaha-usaha untuk mengurangkan penderitaan mereka dan pesakit-pesakit ini akan meninggal dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Kaedah rawatan yang bertujuan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang berada pada peringkat akhir ataupun yang tidak boleh disembuhkan lagi dinamakan penjagaan ataupun rawatan paliatif.
BAGAIMANAKAH CARA YANG SENANG UNTUK ANDA MENCEGAH BREAST CANCER SEBELUM PARAH!!!
APA YANG DI TUNGGU LAGI PAKAILAH PREMIUM BEAUTIFUL!!!

HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG CORSET AJAIB INI...INGAT KANSER BOLEH MENYERANG PADA SEMUA WANITA TIDAK KENAL UMUR,MASA DAN TEMPAT....FIKIR2KAN LAH KEBAIKAN UTK DIRI ANDA JUGA!!

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu-suatu pengajaran

Ibu Kita dan Kita  sebagai IBU

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.
Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik TAPI tiada masa nak buat benda baik

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita di siksa Allah

Setitik air mata ibu jatuh,10 kebajikan anak hilang dan anak2 jangan bagi jatuh air mata
Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
Kalau balik tenagh malam,buka lampu tengok dan tatap muka ibu..sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
  • melihat kaabah sehingga menitis airmata
  • Membaca Quran sehingga menitis air mata
  • Memandang wajah ibu yang sedang tidur sehingga berlinang airmata
3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup..tengok masa tidur!
  • Anak
  • Ibu
  • Suami- kalau kita ada selisih faham dengan suami sampai nak bercerai,tengok muka suami masa dia tengah tidur tu,jika masih terbit rasa kasih sayang,cinta,rindu,simpati...janganlah bercerai...TAPI jika dah tiada rasa semua ni maksudnya dah memang tak dak jodohlah!
Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya...kira menangis dalam hati jerrr..bagi siapa yang masih ada ibu...pandanglah ibumu selalu...

Adalah menjadi dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskanlah...Allah akan bersama kita,kalau tak mampu lakukan sesuatu pasang niat pun cukuplah.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dahulu

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah,"ungkit kebaikan yang menimpa denagn tujuan untuk makbulkan doa kita..kaedah itu di panggil "Wasilah amal"
Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1,kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini".

Paling banyak buat baik dengan ibubapa kita,lagi mustajab...makna  dia"Wasilah amal ini sangat berkesan kalau yang di tuntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang di buat kepada ibu kita.

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal dunia maka di kira anak derhaka walaupun pada waktu itu ibunya hidup dan dia tidak pernah menderhaka,maksudnya jika anak masih hidup atau telah tiada,selepas setiap solat kita mesti mendoankannya!