Pages

Monday 26 March 2012

Amalan Berpantang Ikut Orang Lama

SEMASA DALAM PANTANG kita kena pantang ikut orang lama dolu2..sebab jika tak ikut pantang nanti diri sendiri merana..senang jer nak ikut pantang macam orang dolu2...hari pertama tu biasala makan mesti ikut jadual..jika anak kuning lak kenala pantang halia dan lada hitam..sebab panas badan baby..kalu leh minum air susu,horlicks atau milo jer...nati banyaklah air susu ibu..cian baby nati tak cukup susu...bagi ibu2 yang tetiba xde air susu tu cucilah puting tu denagn minyak kelapa dara..baung kuping2 tu,kenalah rajin sebab nati susu tak keluar...cian baby...

IKAN lak yang leh makan masa dalam pantang dah tentu ikan haruan untuk merawat luka2 dalaman denagn lebih baik..selain itu boleh jugak makan ikan tenggiri,gelama,selangin,bawal,selar kecik dan besar...tapi jangan goreng dengan minyak biasa kalu leh gunakanlah minyak jagung..kalu nak lebih baik bakar jer ikan2 tu sebab tak elok untuk peranakan kita masa tu nanti kembang segala!

SAYUR lak tak lain tak bukan sawi hijau paling elok sebab nak banyak air susu...sawi putih pun leh jugsk,lobak putih lagi bagus untuk banyakkan air susu...selain tu lobak merah pun ok...semuanya berkhasiat sayur ni wat masak air jer...xperlu goreng2 tak bagus pun...masak air rebus jer dengan bawang putih dan bawang merah...sedappp sgt....aku dah rasa semau tu masa berpantang dulu kira oklah tu daripada tak dapat makan langsung...

AYAM boleh makan bila dah cukup 30hari..dah leh makan ayam goreng tapi janagn gunakan minyak yang banyak masa goreng tu..dan kalu leh kulit ayam dibuang dulu nati gatal lak bahagian sulit...anak pun terpalit sama sebab baby kan menyusu badan maknya...

DAUN pandan,daun kunyit,daun limau purut,daun cekur,daun lengkuas,daun kanta dan last but no least kulit kayu manis di campur dengan segala daun2 ni dan di rebus dalam periuk..lepas tu mik jer air campur dalam baldi yg dah berisi separuh jer...so mandilah..kalu leh mandi selama 100hari...paling tidak pun 40hari dah cukup..bukan pe nak panaskan badan ornag pantang memang elok la sgt...jangan sesekali mandi air sejuk..bahaya,nanti bentan segalanya...hui...nak kena jaga betul2 masa dalam pantang ni...

STOKIN tebal jangan lupa,sebelum pakai stokin kenalah sapu minyak panas dulu bair kita terasa panas jer...bahaya kalu biarkan kaki sejuk nati krem lak kaki tu...sebab masa bersalin dolu segala urat kita putus jadi nak pulihkan semula dah tentu makan masa yang teramat lah panjang...mcm aku sekarang ni masih terasa kebas2 tangan dan kaki...tapi makanlah jamu2 bidan kampung untuk panaskan part2 yang sejuk..hmm

JERAWAT!....bencinya bila ada!

sabun-anti-resdung1
JERAWAT!!!...sakitnya hari bali dah mula tumbuh di muka...macamna caranya nih..??? Last2 ada kawan tegur kenapa muka tut?!&$%...sedihnya...huhuhu....kawan mula perkenalkan sabun  anti RESDUNG HPA...aku tryla guna dalam masa 3hari nampaknya jerawat makin kering...selepas seminggu jerawat dah hampir kecut,dah tak rasa sakit lagi...TQ sabun ANTI RESDUNG HPA....berbaloi3 bila kawan aku perkenalkan pada aku..tak sia2 aku guna...lagi satu sabun ni jugak senang nak tanggal mekap pada muka..mekapla tebal macamna pun pasti segala eyeshadow,mascara,lipliner dsb pasti bersih...malah anda akan rasa segar dan nyaman...mungkin anda tak percaya apa yg saya katakan ni...tapi nak tahu kenalah cuba dulu!..harganya amat murah RM10jerrr...

sabun-spirudetox


Sabun ini dalah untuk badan dan semua peringkat umur,jadi anda boleh gunakn ia tanpa was2..malahan ia diperbuat dari spirulina dan tanah liat..mmg amat sesuai utk badan,segala kekotoran daki apda badan akn hilang dan menjai segar dan nyaman bila anda selesai mandi dan juga cuci muka...mmglah harga pasti anda fikir berkali2 hendak beli tapi berbaloi tak anda jika kebersihan,kenyamanan,kecantikan,kesegaran,keanggunan yang anda akan dapat apabila menggunakan sabun ini...betapa murahnya harga sabun ni cuma RM10jerr...jika minat call me..





sabun-clay-02Sabun clay ini lain dari yang lain,dah byk produk aku guna tapi yang ini amat mujarab dan di perbuat drpd
tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi. Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 – 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.
Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam perubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini. Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakkan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukkan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna. Insyaallah. Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah.sabun ni pun harga RM10jerrr...nak order leh call

 







Thursday 8 March 2012

Rambut Gugur...Sedihnya...

Rambut aku selalu gugur...jadi ubat apakah yang paling mujarab?
Akhirnya aku dapat satu ubat yang boleh mengatasi ,masalah rambut aku yang gugur..
Sedih sgt bila sikat je ranmbut pasti gugur seperti daun2 berguguran dari rantingnya...huhuhu..


Setiap remedi combo ini akan diberi secara percuma Shampoo dan Arnica Oil.
Harga pakej : RM150 – 2 botol remedi oral, 1 botol Shampoo Arnica dan 1 botol Arnica Oil.
Harga sebotol : RM80
Penghantaran : Percuma ke seluruh Malaysia
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjciOxkjqZY7BdESK3U6MP_FMsOjTLJIJy5ZKnzNnurUgmm_UDyjwV1dCL5mGwBLE3FZDqQHgtNxk93C4ywAjZB3DSkpdOGp6F9K5ofQjuhAMOvfAx59mdAMt3FDxzINGhWjXtvLSFOdUA/s1600/bio+botak+200px.JPG
Bagaimana Set Rawatan Ini Dapat Membantu ?
Set rawatan ini disediakan dengan kaedah homeopati dan biochemic, formula yang selamat dan tanpa kesan sampingan ini merawat akar umbi yang menyebabkan Alopecia (botak) dan akan mengembalikan proses pertumbuhan rambut dengan semulajadi.
Bagaimana remedi ini bekerja ?
  • Remedi ini akan membaikpulih sistem Autoimmune yang mengalami kecelaruan. Apabila system Autoimmune pulih ia secara semulajadi akan menghasilkan folikel-folikel rambut baru.
  • Merawat sistem perjalanan darah dan mengimbang serta mengekalkan electrolyte di seluruh tubuh
  • Remedi ini akan memberi signal supaya sistem imunisasi menjaga serta mengekalkan kesuburan folikel rambut
CARA GUNA
    • Shampoo – Titis dalam 5-10 titis dan basahkan rambut gosok2 ke kulit kepala dan biar dlm 1-2 minit dan bilas.
    • Minyak – Sapu dalam 2-5 titis di area rambut yang gugur atau botak dan urut-urut guna minyak tu sebelum tidur atau bila-bila masa sen
    • Drop 10-15 titis campur dengan sedikit air 3-4 kali sehari.Sebelum makan
 

  • Rumah Idaman ku....

    Rumah Linda Onn..
    Betapat hebatnya Linda Onn membeli sebuah rumah yang pasti menjadi kegilaan ramai...
    Aku pun begitu juga...aku pasti menggapai apa yang aku inginkan...
    Hidup mesti berubah dan orang yang akan merubahkan hidup kita pasti diri kita sendiri
    Cita2 dan impain akan terlaksana jika kita berusaha sehingga kita berjaya...
    Tidak ada yang mustahil dalam diri kita...jika Linda Onn boleh aku juga boleh!!!


    Resort spa Linda Onn
    Dikuasai warna merah dan hitam, sesiapa yang melangkah ke dalam banglo mewah Linda Onn akan dicengkam aura keyakinan, keberanian dan kekuatan yang menawan hati tetapi penuh misteri.






    "SAYA sendiri masih tidak percaya ini semua suatu kenyataan," tutur Linda Onn membuka pintu bicara mengenai kediaman barunya di Setiahills yang terletak di Bukit Indah, Ampang.
    Banglo dua tingkat dengan keluasan termasuk tanah yang mencecah 8,000 kaki persegi (743 meter persegi) yang terletak di pinggir kawasan metropolitan Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Bandar Baru Ampang dan Ampang Jaya itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 45 buah banglo berkonsep resort atau vila spa Bali.
    Merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan eksklusif dengan kawalan keselamatan 24 jam, Setiahills yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah terbesar di Malaysia, SP Setia itu dibina dengan pelbagai reka bentuk. Harga setiap banglo tersebut pula mencecah antara RM2.2 hingga RM3.6 juta.


    DARI ATAS IKUT ARAH JAM: KAMAR mandi peribadi pemilik kediaman yang berkonsep vila spa Bali.
    SUASANA malam di kediaman mewah Linda.
    LINDA mencurahkan idea sendiri dalam menata rias kediaman barunya.




    "Diperkenalkan dengan Setiahills oleh seorang kawan, mula-mula saya langsung tidak berminat untuk membeli rumah di sini sebab harganya yang agak tinggi," akui Linda, 32.
    Sekadar menyebut harga kediaman yang baru didudukinya kira-kira sebulan itu dalam lingkungan jutaan ringgit, penyampai radio popular yang kini bertugas dengan stesen Sinar FM itu menyambung bicara, "Namun, apabila mengkaji semula bajet, Linda pun terima ini (pembelian banglo tersebut) sebagai satu tanggungjawab baru. Justeru, Linda terima cabaran dengan membelinya untuk dijadikan aset terbaru."
    Bersatu dengan alam
    Dekorasi ruangan dalaman banglo Linda itu sebenarnya sama sahaja seperti banglo lain yang dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Namun, apabila bahagian belakang banglo itu bersatu dengan alam sekitar, keluasan dan keselesaannya mampu membuatkan emosi bebas daripada segala tekanan hidup.
    Buktinya kawasan belakang banglo itu betul-betul menghadap bukit yang menghijau. Kedudukan banglo ini pula agak istimewa berbanding banglo-banglo berhampiran kerana ia terletak di lot hujung yang menyuntik ciri eksklusif yang ekstra.


    ATAS: PERHATIKAN kolam mandi yang terletak dalam jarak hanya satu langkah daripada sofa di ruang tamu yang luas dan selesa ini.
    BAWAH KAMAR beradu Linda yang memiliki saiz melebihi saiz apartmen atau kondominium biasa.




    Dinding ruang tamu, ruang makan dan sebuah bilik sederhana besarnya yang membina struktur belakang banglo itu bukan dibina dengan konkrit tetapi diwakili pintu kaca gelungsur telus pandang, yang apabila disingkap akan betul-betul mendedahkan bahagian dalaman rumah kepada dunia luar.
    Bayangkan ini. Selangkah sahaja di belakang sofa di ruang tamu ialah kolam mandi yang lengkap dengan jakuzi. Kolam mandi tersebut dibina memanjang dari ruang tamu sehingga ruang makan dan pemandangan kedamaian kolam tersebut boleh dinikmati daripada bilik yang bersambung dengan ruang makan itu.
    Melangkah pula dari ruang makan ialah zon bersantai yang menghadap kolam. Sempat Linda menjamu krew Jurnal menikmati juadah makanan di situ. "Terasa seperti sedang dalam percutian pula," sahut jurugambar, Nooradzrene Mohd. Noor.
    Melangkapkan suasana resort banglo Linda itu ialah sebuah gazebo, selain sebuah taman mini yang bersambung dengan ruang tamu di bahagian kanan rumah.
    "Persekitaran kolam dan gazebo ini adalah antara ruangan yang paling saya suka di banglo ini selain dari bilik tidur saya di atas," ujarnya mengenai banglo yang memiliki lima bilik - satu di bawah dan empat di tingkat atas serta sebuah bilik kecil untuk pembantu rumah.



    Curahan idea peribadi
    Meraih layanan kelas pertama, krew Jurnal sempat merasai betapa empuknya tilam di katil bilik utama Linda. Saiz bilik beradu Linda itu kalau dibuat perbandingan adalah lebih luas daripada sebuah apartment atau kondominium dengan keluasan melebihi 1,000 kaki persegi.
    Uniknya bilik tidur ini menepati ciri-ciri resort spa Bali dengan bilik mandinya yang amat luas dan terbuka - justeru, ia turut bersatu dengan alam.
    Keluasan bilik tidur utama ini digandakan dengan pintu kaca gelangsar telus pandang dan beranda bersaiz mega yang menghadap bahagian belakang banglo dan menuju terus kepada pemandangan kehijauan bukit.
    "Apabila mula-mula melihat ruangan dalam banglo ini saya terus terfikir, nampaknya saya perlu menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman. Namun, apabila difikir dengan lebih mendalam, saya bimbang pula tak menepati cita rasa, lalu saya mengambil cabaran untuk mencurahkan idea saya sendiri," ujar Linda.
    Menjadikan majalah-majalah dan program-program dekorasi di televisyen sebagai rujukan, Linda mengambil masa berbulan-bulan sebelum sepenuhnya berjaya memercikkan idea bagi menata rias seluruh ruangan banglo tersebut.
    "Saya membuat tinjauan di kedai-kedai perabot, lampu, aksesori sehingga akhirnya mendapat barangan yang menepati kehendak saya bagi dekorasi banglo ini," katanya.
    Mengulas mengenai penataan warna, Linda memberitahu, "Sememangnya warna hitam dan merah adalah warna kegemaran saya. Merah mewakili tiga sifat - yakin, berani dan kuat, manakala hitam pula menawan dan misteri.
    Tambahnya, "Sesiapa yang melangkah ke kediaman saya ini akan merasai aura gabungan kelima-lima elemen tersebut."
    Persinggahan sementara
    Umum mengetahui Linda turut membawa ibu dan bapanya tinggal bersamanya sejak dia mula-mula membuka bisnes francais restoran nasi ayamnya yang terkenal itu, My Mom's Chicken Rice sejak lima tahun lepas.
    "Selama ini, Linda tinggal dengan ibu dan bapa di rumah jenis berkembar di kawasan perumahan mewah Beverly Heights di Ukay Perdana.
    "Sebagai anak bongsu, ibu bagi Linda ibarat nyawa Linda. Ibu selalu kata, 'Linda ni tak kahwin-kahwin juga sebab jadi baby girl semula'," seloroh Linda sambil mengukir senyuman di bibir.



    SESIAPA yang berpeluang menghuni di bilik tidur di tingkat bawah banglo ini, pasti merasakan seolah-olah sedang dalam percutian di sebuah resort.
    RUANG menonton televisyen di tingkat atas banglo dengan balkoni yang menghadap panorama kehijauan bukit.
    RUANG menonton televisyen di tingkat atas banglo dengan balkoni yang menghadap panorama kehijauan bukit.




    Linda yang mengumumkan bakal membuka empat lagi cawangan My Mom's Chicken Rice - dua di Melaka dan dua di Johor dalam pada itu mengakui ibunya, Saadiah, 67, lebih suka tinggal di Beverly Heights kerana selain sudah lama tinggal di sana, kejiranan di situ amat disenangi ibunya itu.
    "Di Beverly Heights, hubungan sesama jiran sangat akrab dan saling mengunjungi khususnya apabila ada ada kenduri-kendara atau sambutan hari perayaan seperti Aidilfitri.
    "Buat sementara waktu, banglo baru saya ini saya jadikan sebagai rumah persinggahan. Sebab itulah ada ruang yang belum sepenuhnya dihias, seperti bahagian balkoni bilik utama yang masih kosong lagi," jelasnya yang turut memberitahu antara perabot yang dibawa dari rumah lama ke kediaman di Setiahills itu termasuklah sofa dan meja makan.
    "Banglo ini sejuk suasananya, dan memanglah lebih luas berbanding rumah di Beverly Heights. Tapi suasananya sunyi," ujar ibu Linda, Saadiah, ketika diminta mengulas mengenai aset terbaru anaknya itu.
    Tidak banyak melontarkan bicara, itupun setelah puas dipujuk untuk bercerita tentang Linda daripada pandangan dirinya selaku wanita yang telah melahir dan membesarkan Linda, Saadiah sekadar menuturkan, "Doa ibu untuk Linda dan tiga anak yang lain itu untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna sudah tercapai."
    Jika ibunya sudah berpuas hati dengan pencapaian Linda selaku anak bongsunya, bagaimana pula dengan Linda?
    Adakah dia sudah berpuas hati memiliki banglo mewah tersebut ataupun mahu membeli kediaman yang lebih mewah di masa hadapan nanti?
    "Saya hanya jual banglo ini kalau harganya mencecah RM7 juta," ujar Linda berseloroh.
    Melahirkan isi hatinya, akui Linda, "Selepas menetap di banglo ini, barulah saya mamahami istilah home sweet home atau rumahku syurgaku.
    "Ia sememangnya memberikan kepuasan seratus peratus apatah lagi dekorasinya adalah hasil curahan idea saya sendiri. Banglo ini sememangnya rumah impian saya."

    Wednesday 7 March 2012

    Sentuhan Tangan Ke 2

    Hari ini dalam sejarah 7/3/2012 aku dapat menyolek lapan orang kawan2 opis...akhirnya projek paper aku berjaya,hanya Allah saja yang tahu projek aku berakhir dengan jayanya tepat 4ptg..siap dgn shoot gambar oleh Hamdi...dia membantu aku dalam menjayakan projek paper ini...kawan2 opis aku terdiri dari Izatie,Haiza,Rosma,Nor,Kasmani,Mona,Zainab,Lia,Fikeen...TERIMA KASIH semua kerana sporting sgt beri kerjasama pada aku untuk sama2 komited utk menjayakan projek aku.



    NORUL IZATIE

    SEBELUM

    SELEPAS



    HAIZA NORLIANA

    SEBELUM


    SELEPAS


    SAZALIYA

    SEBELUM

    SELEPAS





    KASMANI

    SEBELUM

    SELEPAS






    ZAINAB

    SEBELUM

    SELEPAS




    NOR AL-KAUTSAR

    SEBELUM


    SELEPAS





    ROSMAWATI

    SEBELUM

    SELEPAS






    Bersama kawan2 opis setelah selesai sessi mekap


    Thursday 1 March 2012

    Dulu Lain Sekarang Lain...

    Dulu wajahku begitu sugul,lesu,kusut,muram...tak seperti sekarang..betapa cerianya aku...sejak aku mulakan dengan MAHARANI dan memakai PB..betapa bezanya aku...luaran dalaman aku makin sihat dan maintain sehingga ke hari ini...betapa bertuahnya aku apabila di pekenalkan oleh seorang rakan iaitu k.nab..dia menceritakan bagaimana diri dia sebelum makan MAHARANI dan memakai PB tapi sekarang ni bezanya amatlah ketara...jadi jika anda sebagai seorang wanita sanggupkah MAHKOTA anda yang tiada ternilai oleh WANG ringgit tergadai begitu saja..jadi mulakan hidup yang baru agar MAHKOTA anda sentiasa mekar sehingga hujung nyawa...PERCAYALAH...jika anda cepat anda akan dapata hasilnya yang pasti LUMAYAN...berbaloi2...inilah diriku yang THE LATEST!...yang dulu menjadi sejarah..ANDA MAHU?SAYA LAGI MAHU...








    Keceriaan jelas terpancar pada wajahku,inilah yang aku mahu sekian lama tapi hari ini jadi kenyataan dalam hidupku....SYUKUR yang teramat sangat padaMU YA  ALLAH kerana di beri anugerah yang tidak ternilai harganya...MAMPUKAH anda tersenyum begini?HANYA DIRI ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!