Pages

Saturday, 26 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Semoga kita akan sentiasa mengingati Nabi Junjungan kita dan selalu lah berselawat ke atasnya moga mendapat syafaat di akhirat kelak ameen..in sha Allah...

Thursday, 17 January 2013

Ubat2 yang harus dielakkan atau digunakan dengan berhati2 bagi pesakit kekurangan G6PD?



ANTIMALARIA

Chloroquine
Hydroxychioroquine
Primaquine
Quinine
Mapacrine

Bolehkah seseorang bayi yang kekurangan G6PD hidup secara normal?

Mereka boleh hidup secara normal tetapi mesti mengelakkan makanan dan ubat2 tertentu sahaja!

Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat.Ia bukan penyakit keturunana atau berjangkit!

Apakah yang prlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD?

Elakkan anak anda dari bahan2 yang boleh menyebabkan kemusnahan darah meraseperti:-

Memberi ubat2 sendiri tanpa arahan doktor
* Ubat Gegat
*Ubat2 tradisional,jamu atau ubat sinsen(ubat cina)
*Minyak gosok
*Kacang Parang(paling bisa jika termakan)



Sila pastikan;

Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak anda sakit,beritahu anak anak anda kurang G6PD

Apa akan berlaku jika termakan makanan atau ubat2 terlarang?

*Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
*Bayi akan mendapat kuning (Jaundice)
*Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
*Demam dan pucat

Wednesday, 16 January 2013

G6PD..apakah ia?

G6PD(Glucose 6 Phospate Dehydrogenese) adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.

FUNGSINYA....

Ia akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.
Semasa bersalin sampel dari tali pusat bayi di hantar untuk pemeriksaan G6pd di makmal.
Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD:

Anda akan dihubungi melalui telefon atau syarat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian.
Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga 10hari.
Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh mendapat kuning ( Jaundice) dengan serta merta.
Bayi anda dibenarkan pulang setelah dipastikan tiada sebarang masalah2 lain.