Ramadhan Dengan SHAKLEE
RAMADHAN muncul lagi. Bagi umat Islam, Ramadhan merupakan bulan yang dinanti kerana selain berpuasa membersihkan dosa menyucikan jiwa, ia juga dilihat sebagai bulan menyah-toksin tubuh. Sebab itu bukan hanya umat Islam berpuasa di Malaysia malah kaum lain seperti Cina dan India turut ada yang berpuasa.
Orang kata 'perut sarang penyakit'. Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai 'racun' yang bersarang di perut. Berpuasa sebenarnya memberi ruang masa yang cukup kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek pertambahan beban makanan harian yang kita makan.
Dengan berpuasa juga, toksin daripada kolon, buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru serta kulit boleh dikeluarkan dari tubuh secara menyeluruh. Hasilnya, ia mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran penafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen yang lebih banyak menjadikan sel-sel lebih bertenaga. Kitaran pembersihan ini penting bagi sistem penghadaman sihat dan pencegahan barah usus.
Selain itu, tabiat pemakanan seseorang juga dilihat turut menyumbang kepada faktor kesihatan. Deretan bazar Ramadhan yang menawarkan pelbagai juadah enak yang jarang dijumpai di bulan lain sebelumnya tanpa kita sedari menyumbang kepada masalah peningkatan berat badan dan membuatkan kita rentan serangan penyakit dek peningkatan cita rasa. Justeru, pemilihan makanan seimbang ditambah suplemen berkualiti perlu untuk menghindar sebarang penyakit.
Saranan pengambilan produk Shaklee di bulan Puasa!
Waktu Berbuka Puasa ~ Berbuka dimulai dengan kurma lebih afdal berbanding kuih muih manis serta kurang serat yang dibeli di bazar Ramadhan. Selain juadah utama, anda boleh tambahkan gabungan terbaik minuman Performance Orange dan ESP Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk tenaga tambahan bagi menunaikan solat terawih di samping mengambil Alfalfa untuk Proses detoksifikasi tubuh.
Sebelum Tidur ~ Amalkan segelas ESP berserta vitamin lain seperti Vita-Lea, B-Complex, Chewable Vita C untuk meningkatkan sistem imun anda bagi mengelak penyakit biasa seperti batuk, demam dan selesema memandangkan cuaca yang lebih panas di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Banyakkan meminum air.
Waktu Bersahur ~ Anda boleh mengambil nasi atau apa jua juadah sahur. Namun, memandangkan waktu yang singkat ditambah kesukaran mengejutkan anak bersahur; gabungan minuman Performance Orange dan ESP dapat memudahkan para ibu untuk memberikan yang terbaik buat keluarga agar kekal bertenaga pada siang hari. Juga jangan lupakan Alfalfa untuk program detoksifikasi anda!
SELAMAT BERPUASA dan kekal sihat bertenaga daripada Shaklee untuk semua sahabat Muslim di luar sana. Moga lebih jelita dan langsing di Hari Raya.
__________________________________________________
Esp
- Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi
- Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur
- Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal
- Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
Performance
- OptiCarb pilihan eksklusif untuk tanaga yang berpanjangan
- Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
- Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar
Vita-Lea
- Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
- Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata
- Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
- Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas
B-Complex
- Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh
- Membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain
Alfalfa Complex
- Sumber klorofil pigmen tumbuhan semulajadi, vitamin, dan mineral surih
- Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu
Chewable Vita-C
- Rasa Sitrus yang hebat
- Menguatkan Fungsi Imunisasi
- Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet
No comments:
Post a Comment